Iklan

Thursday, September 18, 2014

Resipi viral - Potongan Roti Bakar Bersalut Coklat dan Nestum

Resipi yang pernah menjadi viral di laman sosial beberapa bulan lalu telah pun kami cuba. Hasilnya memang sedap! Bahannya pun mudah dan sesuai untuk disimpan di peti sejuk untuk dihidang kepada tetamu sebagai 'Finger Food' , kudapan atau snek.

Saya sertakan sekali foto dari karya asal resipi ini di bawah.



Untuk versi Suamisukamasak, anak kedua saya iaitu Nurbasyira Wafa telah diberi tugas untuk membantu dan dia mulakannya dengan memotong roti. potonglah mengikut saiz yang anda suka asalkan ia tidak terlalu besar untuk disalutkan dengan coklat nanti.


Sementara anda memotong roti, adalah lebih baik anda panaskan dahulu ketuhar pada suhu 150 darjah. Setelah ketuhar tersedia, masukkan roti dan bakar dalam tempoh 3-5 minit.


Apabila roti sudah masuk ke dalam ketuhar, cairkan coklat di atas air panas. Anda boleh gunakan coklat masakan atau pun coklat seperti Van Houten, Cadbury dan sebagainya. Setelah roti siap dibakar, kerat dua setiap belahan roti tadi supaya saiznya sepadan dengan konsep Finger Food. Kemudian salutkan roti berkenaan dengan coklat yang telah dicairkan.



Seterusnya, salutkan pula roti yang telah disalutkan coklat tadi dengan bijirin pilihan anda. Nestum, Cornflakes yang dihancurkan atau apa saja yang berkenan di hati.



Siap untuk dihidangkan. Juga boleh disimpan di dalam balang.