Iklan

Showing posts with label bakar. Show all posts
Showing posts with label bakar. Show all posts

Tuesday, May 5, 2015

Tomato bakar dengan telur dan keju!

Resepi ini di ilhamkan dari posting sahabat saya saudara Firdaus Ariff di mana belkiau membakar tomato dan telur menggunakan kuali ajaib! Maka saya cuba membawa resipi ini ke peringkat yang seterusnya.

Resipi ini di tahap eksperimen dan setelah saya mencubanya tadi saya percaya ada beberapa penambahbaikan boleh dibuat untuk mempertingkatkan rasa terutamanya dari aspek tempoh membakar serta saiz tomato yang digunakan. 


Bahan - bahannya

Keluarkan isi tomato. 

Pukulkan sebiji telur

Letakkan tomato kedalam kuali ajaib, kemudian tuangkan telur, masukkan daun parsli, keju, lada hitam, sedikit garam

Siap! Untuk percubaan kali ini saya makan dengan roti kosong.

Monday, August 25, 2014

Ikan Siakap Bakar Dengan Limau Nipis

Ikan siakap, antara ikan yang popular restoran Melayu dan, Thai dan Cina. Pelbagai teknik masakan digunakan dari kukus, bakar, goreng mahupun rebus. Ikan ini juga antara yang popular diternak oleh pengusaha ternakan ikan kerana permintaan yang tinggi dan lokasi ternakan yang tidak memerlukan air masin sepenuhnya. Maka ia tidaklah terlalu jauh ke laut dan memudahkan urusan logistik.

Ikan ini merupakan antara kegemaran keluarga saya juga. Isteri saya yang mula - mula memperkenalkan saya dengan ikan ini dan mula memasaknya buat keluarga kami. Saya pun memerhati dan mencuba dengan teknik saya sendiri. Berikut ialah bahan - bahannya


Seekor ikan siakap
Asam Jawa untuk mencuci ikan
Sebatang serai
Seulas halia
Bawang putih
Limau nipis 2 biji
Daun ketumbar / sup
Kicap
Limau kasturi


Untuk memudahkan suami - suami diluar sana yang tidak punya banyak masa untuk menyiang ikan, maka saya cadangkan minta penjual siangkan ikan itu terlebih dahulu dan belah dibahagian tengah supaya boleh dikepak ikan tersebut. 
Cuci ikan dengan bersih dan lumurkan dengan asam jawa untuk mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan tersebut

Letakkan ikan di atas aluminum foil / pembakar (jika tidak menggunakan oven)



Seterusnya, cincang halia, bawang putih dan daun ketumbar / sup dan kemudian taburkan bahan tersebut ke segenap bahagian ikan dengan rata yang telah pun diletakkan di atas aluminum foil / tempat pembakar. Perahkan limau nipis dan letakkan hirisan limau nipis bersama. Untuk meningkatkan aroma, taburkan sedikit kulit limau yang dikikis ke seluruh ikan.


Ketukkan serai


Letakkan serai bersama baki bahan yang dicincang tadi


Bungkuskan aluminium foil dengan kemas (pastikan lipatan menutupi badan ikan sepenuhnya)


Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 180 darjah ketika anda memproses ikan tadi. Kemudian masukkan ikan dan bakarlah lebih kurang 10 - 15 minit mengikut saiz ikan.


Untuk pencecahnya, anak - anak dan isteri saya lebih gemar kicap cili berbanding air asam. Caranya mudah.  Hiriskan beberapa cili padi mengikut tahap kemampuan anda melayan kepedasan. Kemudian perahkan limau kasturi kedalam mangkuk beserta cili padi tadi.


Tuangkan kicap mengikut kepekatan yang anda sukai


Gaul dengan rata..siap!


Selamat mencuba!