Iklan

Tuesday, May 5, 2015

Tomato bakar dengan telur dan keju!

Resepi ini di ilhamkan dari posting sahabat saya saudara Firdaus Ariff di mana belkiau membakar tomato dan telur menggunakan kuali ajaib! Maka saya cuba membawa resipi ini ke peringkat yang seterusnya.

Resipi ini di tahap eksperimen dan setelah saya mencubanya tadi saya percaya ada beberapa penambahbaikan boleh dibuat untuk mempertingkatkan rasa terutamanya dari aspek tempoh membakar serta saiz tomato yang digunakan. 


Bahan - bahannya

Keluarkan isi tomato. 

Pukulkan sebiji telur

Letakkan tomato kedalam kuali ajaib, kemudian tuangkan telur, masukkan daun parsli, keju, lada hitam, sedikit garam

Siap! Untuk percubaan kali ini saya makan dengan roti kosong.

Tuesday, December 2, 2014

Resipi Nasi Goreng - Nasi Goreng Suami Di Cuti Sekolah


Tengahari ini saya berkesempatan ke dapur untuk menyediakan Nasi Goreng Suami Di Cuti Sekolah (nama menunya). Di cuti sekolah ini saya berseorangan di rumah kerana isteri dan anak - anak pulang ke kampung. Maka, apa yang ada di peti sejuk saya gunakan untuk resepi kali ini.

Bahan - bahannya
Nasi putih
Sambal Belacan segera Adabi
Bawang putih dan bawang merah
Daun limau nipis
Serai
Limau Nipis
Isi ketam
Nugget ayam
Telur


Bahan - bahan di proses

Tumis bawang, serai dan sambal belacan

Masukkan nasi, ketam, nugget dan perahkan air limau. Masukkan telur.


Friday, November 7, 2014

Resipi - Ayam Perap Malam Jumaat

Salam sejahtera 
Sudah agak lama juga tidak saya berkongsi resepi, malah saya juga sudah agak lama tidak ke dapur untuk memasak. Kesibukan tugasan selepas bercuti panjang membataskan waktu saya di dapur. Alhamdulillah diberikan kesempatan malam tadi untuk saya memasak. Tetapi kali ini saya akan cuba berkongsi maklumat menerusi video pula.

Saksikan rakaman ini



Bahan - bahan

Grill

Goreng

Hasilnya



Thursday, September 18, 2014

Resipi viral - Potongan Roti Bakar Bersalut Coklat dan Nestum

Resipi yang pernah menjadi viral di laman sosial beberapa bulan lalu telah pun kami cuba. Hasilnya memang sedap! Bahannya pun mudah dan sesuai untuk disimpan di peti sejuk untuk dihidang kepada tetamu sebagai 'Finger Food' , kudapan atau snek.

Saya sertakan sekali foto dari karya asal resipi ini di bawah.



Untuk versi Suamisukamasak, anak kedua saya iaitu Nurbasyira Wafa telah diberi tugas untuk membantu dan dia mulakannya dengan memotong roti. potonglah mengikut saiz yang anda suka asalkan ia tidak terlalu besar untuk disalutkan dengan coklat nanti.


Sementara anda memotong roti, adalah lebih baik anda panaskan dahulu ketuhar pada suhu 150 darjah. Setelah ketuhar tersedia, masukkan roti dan bakar dalam tempoh 3-5 minit.


Apabila roti sudah masuk ke dalam ketuhar, cairkan coklat di atas air panas. Anda boleh gunakan coklat masakan atau pun coklat seperti Van Houten, Cadbury dan sebagainya. Setelah roti siap dibakar, kerat dua setiap belahan roti tadi supaya saiznya sepadan dengan konsep Finger Food. Kemudian salutkan roti berkenaan dengan coklat yang telah dicairkan.



Seterusnya, salutkan pula roti yang telah disalutkan coklat tadi dengan bijirin pilihan anda. Nestum, Cornflakes yang dihancurkan atau apa saja yang berkenan di hati.



Siap untuk dihidangkan. Juga boleh disimpan di dalam balang.


Tuesday, August 26, 2014

Resipi untuk isteri dalam pantang - Sup Lobak Putih

Mungkin teman yang rapat atau mengikuti Facebook saya tahu bahawa keluarga kami baru sahaja menerima cahaya mata ke 4, Aisya Mohsen namanya.. dan hari ini usianya baru genap 27 hari. Ini bermaksud isteri saya masih lagi berpantang. 

Sebagaimana baisa, dalam berpantang ini antara yang penting ialah makanan yang diambil setiap hari. Kalau mengikut cara orang - orang lama, banyak sungguh pantang larang dan makanan yang tidak boleh diambil. Malah, pengambilan air minuman juga amatlah terhad. Namun dengan perkembangan teknologi dan ilmu, maka banyak perkara dalam pantang orang lama yang sudah agak kurang relevan. 

Antara makanan yang bagus untuk isteri yang berpantang ialah lobak putih. Lobak putih dikatakan mempu membantu penghasilan susu yang lebih baik buat ibu. Dan kaedah penyediaannya pun mudah! Berikut ialah resipinya:

Bahan - bahannya : Lobak putih, halia , bawang putih, lada hitam, garam dan minyak zaitun


Cincang halus bawang putih dan halia. Kemudian tumis sebentar dengan minyak zaitun

Untuk hidangan seorang, jumlah lobak yang diperlukan memadai seperti dalam foto


Hiris nipis lobak putih


Masukkan air kedalam periuk beserta bahan tumisan tadi. Kemudian masukkan lobak. Masak hingga lobak empuk.


Masukkan lada hitam dan garam sebagai penambah rasa dan sedia dihidangkan

Monday, August 25, 2014

Ikan Siakap Bakar Dengan Limau Nipis

Ikan siakap, antara ikan yang popular restoran Melayu dan, Thai dan Cina. Pelbagai teknik masakan digunakan dari kukus, bakar, goreng mahupun rebus. Ikan ini juga antara yang popular diternak oleh pengusaha ternakan ikan kerana permintaan yang tinggi dan lokasi ternakan yang tidak memerlukan air masin sepenuhnya. Maka ia tidaklah terlalu jauh ke laut dan memudahkan urusan logistik.

Ikan ini merupakan antara kegemaran keluarga saya juga. Isteri saya yang mula - mula memperkenalkan saya dengan ikan ini dan mula memasaknya buat keluarga kami. Saya pun memerhati dan mencuba dengan teknik saya sendiri. Berikut ialah bahan - bahannya


Seekor ikan siakap
Asam Jawa untuk mencuci ikan
Sebatang serai
Seulas halia
Bawang putih
Limau nipis 2 biji
Daun ketumbar / sup
Kicap
Limau kasturi


Untuk memudahkan suami - suami diluar sana yang tidak punya banyak masa untuk menyiang ikan, maka saya cadangkan minta penjual siangkan ikan itu terlebih dahulu dan belah dibahagian tengah supaya boleh dikepak ikan tersebut. 
Cuci ikan dengan bersih dan lumurkan dengan asam jawa untuk mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan tersebut

Letakkan ikan di atas aluminum foil / pembakar (jika tidak menggunakan oven)



Seterusnya, cincang halia, bawang putih dan daun ketumbar / sup dan kemudian taburkan bahan tersebut ke segenap bahagian ikan dengan rata yang telah pun diletakkan di atas aluminum foil / tempat pembakar. Perahkan limau nipis dan letakkan hirisan limau nipis bersama. Untuk meningkatkan aroma, taburkan sedikit kulit limau yang dikikis ke seluruh ikan.


Ketukkan serai


Letakkan serai bersama baki bahan yang dicincang tadi


Bungkuskan aluminium foil dengan kemas (pastikan lipatan menutupi badan ikan sepenuhnya)


Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 180 darjah ketika anda memproses ikan tadi. Kemudian masukkan ikan dan bakarlah lebih kurang 10 - 15 minit mengikut saiz ikan.


Untuk pencecahnya, anak - anak dan isteri saya lebih gemar kicap cili berbanding air asam. Caranya mudah.  Hiriskan beberapa cili padi mengikut tahap kemampuan anda melayan kepedasan. Kemudian perahkan limau kasturi kedalam mangkuk beserta cili padi tadi.


Tuangkan kicap mengikut kepekatan yang anda sukai


Gaul dengan rata..siap!


Selamat mencuba!








Wednesday, August 20, 2014

Lasagna Lazatnya!


Resipi ini dikongsikan oleh salah seorang ahli page Suami Suka Masak yang kini menetap di USA iaitu Tuan Shahrulmiza Zakaria


Bahan-bahan

500 gram daging cincang

1 biji bawang besar dan 4 ulas bwg putih di cincang

500 ml susu full milk

1 botol sos tomato segera/tomato chunks

Spread of cheese (sy pakai mozarella dan 4 keping cheesedale je..jimat)

3 sudu tepung gandum

Spices (ni yg sy pakai -Thymes, Oregano, Mixed Herbs, Black pepper)

5 sudu butter

Sekotak Kepingan Lasagna

Cara2:

1. Tumis bawang yg di cincang sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging. Masak 

sehingga warna kusam.

2. Masukkan sebotol sos tomato segera ke dalam daging dan kacau. Masak sehingga daging 

empuk. 

3. Perasakan dgn garam dan spices yg anda ada. 

4. Untuk masa white sauce, Cairkan butter dalam pan anda. Kemudian masukkan 3 sudu 

tepung dan kacau sehingga tidak berketul2.

5. Masukkan susu sehingga nak mendidih dan kemudian masukkan 4 keping cheesedale. 

Kacau hingga sebati dan tutup api.

6. Rendam sebentar kepingan lasagna. Jgn lama sgt kalau tak nnti hancur. Sy celup dlm air 

dalam beberapa saat je. Tak perlu lama sbb nnti bila tuang kuah daging dan white sauce 

kepingan akan lembut sendiri.

7. Susun kepingan lasagna-sos daging-white sauce-tabur cheese- dan urutan yg sama hingga 

habis. Akhir skali taburkan cheese atasnya. 

8. Bakar suhu 180 darjah celcius semalam 30 ke 40 minit bergantung pada oven dan saiz 

bekas lasagna anda.

Selamat mencuba!!!