Iklan

Tuesday, August 26, 2014

Resipi untuk isteri dalam pantang - Sup Lobak Putih

Mungkin teman yang rapat atau mengikuti Facebook saya tahu bahawa keluarga kami baru sahaja menerima cahaya mata ke 4, Aisya Mohsen namanya.. dan hari ini usianya baru genap 27 hari. Ini bermaksud isteri saya masih lagi berpantang. 

Sebagaimana baisa, dalam berpantang ini antara yang penting ialah makanan yang diambil setiap hari. Kalau mengikut cara orang - orang lama, banyak sungguh pantang larang dan makanan yang tidak boleh diambil. Malah, pengambilan air minuman juga amatlah terhad. Namun dengan perkembangan teknologi dan ilmu, maka banyak perkara dalam pantang orang lama yang sudah agak kurang relevan. 

Antara makanan yang bagus untuk isteri yang berpantang ialah lobak putih. Lobak putih dikatakan mempu membantu penghasilan susu yang lebih baik buat ibu. Dan kaedah penyediaannya pun mudah! Berikut ialah resipinya:

Bahan - bahannya : Lobak putih, halia , bawang putih, lada hitam, garam dan minyak zaitun


Cincang halus bawang putih dan halia. Kemudian tumis sebentar dengan minyak zaitun

Untuk hidangan seorang, jumlah lobak yang diperlukan memadai seperti dalam foto


Hiris nipis lobak putih


Masukkan air kedalam periuk beserta bahan tumisan tadi. Kemudian masukkan lobak. Masak hingga lobak empuk.


Masukkan lada hitam dan garam sebagai penambah rasa dan sedia dihidangkan

No comments:

Post a Comment